detik kenangan terindah...

Tuesday, November 27, 2007

Detik Kenangan Terindah 2

Terima kasih atas sokongan kengkawan yang selalu masuk ke blog ni.... N terima kasih juga tuk kengkawan yang dah or ada niat tuk memberi aku gambar2 tuk edisi detik kenangan yang terindah ni. Kali ni aku uploadkan plak gambar kenangan masa majlis makan malam pra graduasi kat hotel apa erk? Hotel Equatorial Melaka kalu x silap... Gambar ni juga dikirimkan oleh Annor kat aku. Thanks Annor.


Mmmm dalam gambar ni yang ada cuma Annor with her fiance... Asyiek (skrg husband n wifelah kan) . Dah jd ayah dan ibu pun. Selain tu ada Aszurah (akar), Suhana (Ann), Rizal Abd. Aziz ( Bengy) n alamak malu lah plak nak introduce diri sendiri. Ehem... Akulah tu. Tp dulu slimlah sikit. Kata org shape aku tu masih boleh dibanggakanlah huhuhu. Skrg dah mcm anak gajah dah aku ni....Uiks. Kalu di letak sebelah-sebelah gambar lama n baru... mak oi, tak rela aku nak tgk....


Aku pun ada gak beberapa keping gambar dalam simpanan aku masa majlis ni. Cuma xde scanner... X dapatlah aku nak uploadkan aku nyer koleksi. Selain kitorang, kekawan lain yg turut terlibat tu ramai gak. Antaranya Aya, Sue, Irma, Kak Temin, Lya, Qila, Annie, Timah, Reen, Azian (semut), Shidah, Zie, Norli, Fara n ramai lagilah termasuklah best student Art & Design Farhad Hadithon. Boleh kata separuh kelas ada kat majlis ni. Mmm bila tengok2 balik, mcm baru semalam plak aku tinggalkan semua kenangan indah ni. Kalaulah boleh diulang saat-saat tu..... sesungguhnya aku rindu korang semua.


Aduhhh malu melihat wajah sendiri... tp berbaloi bila pikir ni gambar lama n bersama kengkawan plak tu. Thanks again Annor n Asyiek.

Sunday, November 25, 2007

Detik Kenangan Terindah 1

Gambar persandingan antara Asyiek n Annor mengisi ruangan blog aku kali ni... Gambar ni Annor yang attachkan. Ada beberapa keping lagi tapi aku akan uploadkan sikit-sikit ikut kesesuaian tema gitu. Selain tuk tatapan kengkawan yang x datang masa hari persandingan mereka, gambar ni secara tak langsung mengajak kita semua mengimbau kembali detik-detik kenangan terindah yang tercatat antara kita semua. Kenangan yang mungkin telah kita tinggalkan jauh, tapi kenangan itu x mungkin akan kita lupakan sampai bila2.


Tahunnya aku x ingat, kalu x silap dalam tahun '02 or '03. Maaflah Annor ye. Mcm kata Annor dalam email dia. Aku sebenarnya datang pd majlis kat umah Annor ni. Aku datang ngan Azean, Wanie n Sue. Tapi aku x masuk tuk ambil gambar bersama pengantin n kengkawan atas alasan aku malu. Huhuhuhu.... Sebenarnya masa tu hujan, aku plak pakai kasut. Orang plak ramai. Malaslah plak nak buka n pakai kasut. Apapun yang penting aku datang gak tuk meraikan majlis ni....


Selain tu, Lassim, Lya dan Fara pun datang. Senior2 kita pun ada. Antara yang aku ingat namanya Cupin dan Bachik. Yg lain2 tu maaflah..... Sorang lagi yang x mungkin akan kita lupakan ialah Allahyarham Pojie... Seingat aku, arwah seorang yang mengambil berat kan.... Penenang keadaan. X kiralah sama ada proksi ataupun bukan. Pemergiannya sungguh mengejutkan aku. Kalu x silap arwah pergi meninggalkan kita pada bulan Ramadhan... Ish mengalir plak air mata aku ni. Apapun marilah kita sesama sedekahkan Al-Fatehah tuk arwah. Al-Fatehah...



Tema biru menjadi pilihan Annor n Asyik semasa majlis
persandingan mereka di rumah Annor. Lassim pun dah kahwin n dah jadi bapak.
Kalulah arwah ada lagikan... tentu dia pun dah kahwin n bergelar bapak jugakkan...

Kengkawan yang berdiri mengapit Annor n Asyiek tu dulu semua masih anak dara.
Tapi sekarang semua dah jadi mak dara. Wanie on going nak jd mak dara.
Sue plak aku x tau cite. Yg sebelah sue tu kawan arwah. Aku x kenal sapa.

Thursday, November 22, 2007

Gambar Pengantin Annie

Hari ni aku uploadkan plak gambar pengantin lama ni..... Yelah buat tatapan kengkawan yg x pernah tgk gambar pengantin Annie dan suaminya Yusrizal. Gambar ni sebenarnya dah lama tersimpan mcm pekasam dalam email aku. Cuma sejak mula cuti sekolah ni jer aku ada bnyk kelapangan nak updatekan blog aku ni. Walaupun penat dari jaga pekse SPM n malam ni plak nak sambut pelacong Jepun yang menginap kat umah aku (Homestay). Dapatlah gak curi2 masa sikit.

Suami Annie nama dia YUSRIZAL BIN MOHD YUSOF. umur dia 25 tahun, keja sendiri je... asal dia orang kuantan, tp nenek dia kat raub. Annie, pokoknya orang Pahang gitooo, kan senang. Kata Annie lagi diorang kenal sebab ada orang yg knl kan (mcm matchmakerlahtu). Dulu dia keja kat sekolah swasta ( sek ren islam pintar ) kat desa melawati. Yang kenalkan diorang merupakan ustaz kat sekolah tu. Kebetulan lak ustaz tu serumah dengan laki si Annie ni. So makin menjadilah...tu yang coverage kuat tu! Dia knl lakinya tu tarikhnyer 12.10.2004, bertunang 18.12.2004 dan nikah pada 12.3.2005... Yang penting mesti ada 12 yer....


Mcm minah jepun je aku tgk, tp skrg bukan minah lagiler.
Nyonya Jepun
Sama cantik n sama padan


Meriah baju ko... berkilat keemasan gituuuu.
Tu tanda murah rezeki tu kan

Wednesday, November 21, 2007

Lagi Wanie & Azam

Akhirnya dapat gak aku menyelesaikan masalah yang aku alami aritu... Ni 3 lagi gambar yang di hantar oleh wanie tuk tatapan korang sume. Harap-harap korang puas hati yer....

Renungan manja pasangan pengantin...

Wah ko wanie, ala2 model baju pengantin nampak...!

Memori daun pisang, ahh, ahh.... hehehe!

Tuesday, November 20, 2007

Terbaru dari Azean (Qistina Qaisara)

Heroin azean n mus skrg ni tgh glamour.... Maklumlah cite Spa-Q ada Qistina. Pastu Kisah Kaisara... Dua-dua drama kat TV3. Glamor betul nama anak ko ni yan..... Ni latest picture dr Azean.


Gebunya pipi dia yan.... Mcm kuih pau.

Dari tepi memang tau dah... anak bapak ni...

Syoknye dia tergolek sambil isap puting

Raya with nenek.... Knape buat muka tu?
Ko bg lebih makan kueh raya kot yan

Raya with mama

Berbual apa ngan papanya tu qis?

Friday, November 16, 2007

Nur Izrene Suraya

Kali ni plak aku uploadkan gambar buah hati baru ann.... dia dah nak masuk 3 bulan. Kata Ann anak dia ni dah jd kawan pd darwisy ank lin tu.... Tp xpelah, kecik2 ni kawan2 je. Dah besar nanti berbesan plaklah ko dua orang. Hehehehe...... full namenye Nur Izrene Suraya bt Mohd Ibni. Lahir pada 25 ogos lps. Masa lahir 2.12kg jer..skrg kata An maybe dah 5kg sbb masa 2 bln beratnye dah 4.5kg. Nilah first time aku tgk anak An... Keningnye mcm ikut ko je An....


Anak sulung Lin

Gambar kat bawah ni gambar anak Lin... Dah lama dia attach kat aku. Tp masa tu tgh hot dia cite, pastu lin pun ada wat link ke photopages dia, so aku rasa lmbat2 pun xpe... kan. Kini dah tiba masanya tuk aku uploadkan kat dlm blog aku.... tuk tatapan korang sume. Sapa yg x tengok lagilah

Nama: Muhammad Faid Darwisy bin Muhamad Fairol Nizam
T.Lahir: 2 Ogos 2007 ( 1bln awal dr due - 3/9)
Berat masa lahir: 2.48kg
Berat skrg: 5kg

Kata lin..matanya sepet mcm ayahnya..tp mata itam brown skit, aku lg brown..
idung ikut maknye.. kulit xbape putih sgt ( sawo matanglah tu)... Melayu Lin.... kalu putih tu anak Cina or Mat salleh palk nanti org kata.... huhuhu

Comelnye.... Mata sepet....

Syoknye dia tido...

Wajah ibu muda

Happy family..... lengkap hidup ko Lin.
Enjoy ur new title.




Wednesday, November 14, 2007

Wanie & Azam

Assalamualaikum.... aku adalah baca komen atau permintaan rakan2 tuk aku selalu updatekan blog aku ni. Tapi faham2 jelah, aku ni agak busy ngan sekolah, akunyer part time job lagi, n tak lama lagi nak jaga anak angkat plak.... Lagi pun sume pic2 kat sini atas sumbangan rakan2. Kalu x de sumbangan rakan2, xdelah cerita..... Satu lagi, mcm dah aku kata masa entry yg mula2 dulu. Blog ni kan aku buat tuk cerita pasal perkembangan kawan2. Bukan pasal diri aku sendiri.... harap maklum ye kengkawan.

Kat bawah ni ada dua pic wanie n azam masa nikah n masa makan berdamai kot.... Maka terbongkarlah misteri siapa tunang wanie n sekarang yg menjadi suaminya.... Dua ni je yang dapat aku uploadkan. Ada 5 sebenarnye.. tp ada problem yg x dapat di elakkan, hanya dua yg dapat aku uploadkan. Sorry......


Dari apa yang diberitahu oleh wanie, gambar ni di ambil setelah selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ar Rahimiah Tmn Sri Andalas Klang pada tarikh 17hb Ogos 2007. Temanya ligt purple gitu....


Gambar ni plak gambar makan berdamai kot..... masa pihak Wanie bertandang ke rumah Azam.. Temanya apple green n white. Nantilah kalu ada yg lain, aku akan uplodkan yerk.... kalau free lah... huhuhu