detik kenangan terindah...

Sunday, November 25, 2007

Detik Kenangan Terindah 1

Gambar persandingan antara Asyiek n Annor mengisi ruangan blog aku kali ni... Gambar ni Annor yang attachkan. Ada beberapa keping lagi tapi aku akan uploadkan sikit-sikit ikut kesesuaian tema gitu. Selain tuk tatapan kengkawan yang x datang masa hari persandingan mereka, gambar ni secara tak langsung mengajak kita semua mengimbau kembali detik-detik kenangan terindah yang tercatat antara kita semua. Kenangan yang mungkin telah kita tinggalkan jauh, tapi kenangan itu x mungkin akan kita lupakan sampai bila2.


Tahunnya aku x ingat, kalu x silap dalam tahun '02 or '03. Maaflah Annor ye. Mcm kata Annor dalam email dia. Aku sebenarnya datang pd majlis kat umah Annor ni. Aku datang ngan Azean, Wanie n Sue. Tapi aku x masuk tuk ambil gambar bersama pengantin n kengkawan atas alasan aku malu. Huhuhuhu.... Sebenarnya masa tu hujan, aku plak pakai kasut. Orang plak ramai. Malaslah plak nak buka n pakai kasut. Apapun yang penting aku datang gak tuk meraikan majlis ni....


Selain tu, Lassim, Lya dan Fara pun datang. Senior2 kita pun ada. Antara yang aku ingat namanya Cupin dan Bachik. Yg lain2 tu maaflah..... Sorang lagi yang x mungkin akan kita lupakan ialah Allahyarham Pojie... Seingat aku, arwah seorang yang mengambil berat kan.... Penenang keadaan. X kiralah sama ada proksi ataupun bukan. Pemergiannya sungguh mengejutkan aku. Kalu x silap arwah pergi meninggalkan kita pada bulan Ramadhan... Ish mengalir plak air mata aku ni. Apapun marilah kita sesama sedekahkan Al-Fatehah tuk arwah. Al-Fatehah...



Tema biru menjadi pilihan Annor n Asyik semasa majlis
persandingan mereka di rumah Annor. Lassim pun dah kahwin n dah jadi bapak.
Kalulah arwah ada lagikan... tentu dia pun dah kahwin n bergelar bapak jugakkan...

Kengkawan yang berdiri mengapit Annor n Asyiek tu dulu semua masih anak dara.
Tapi sekarang semua dah jadi mak dara. Wanie on going nak jd mak dara.
Sue plak aku x tau cite. Yg sebelah sue tu kawan arwah. Aku x kenal sapa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home