detik kenangan terindah...

Wednesday, September 20, 2006

Puteri Nur Iffah Nasyidah

Cuba korang teka..... Suami siapakah ini? Dan anak siapakah itu?

Ayoooo..... comelnye. Pipi dia.. rasa nak cubit2 je.

Alahai... buat muka plak dia..... Ala bucuk2 manja.



Kalau korang sume nak tahu, nilah wajah comel puteri Rohaya bt. Ghazali. Gambar ni dikirimkan kepada aku melalui Lin. Macam yg aku bagitau td. Thanks Aya. Namanya Puteri Nur Iffah Nasyidah. Cantiknya nama. Tp ku teringat satu sitkom kat TV3. Ada pengaruh cerita PUTERI ke Aya oiiiii......! X kisahlah. Yg penting kita enjoyyyyyyy!!!!!!!!

Promosi

Mesti korang tertanya2 kenapa asyik muka si lin je yg interframe kat blog aku ni. Biasalah dia yg paling banyak bagi sumber kat aku. Kalu tak kerana si Lin. Xdapatlah kita nak tgk wajah2 comel anak si Fara tu. Dan kalu x kerana lin x dapatlah kita nak tgk wajah puteri kesayangan Aya yg akan aku postkan x lama lagi. So kenalah lebihkan lin. Apa pun thanks a lot Lin.

Sebenarnya ni bukan nak promo 2 org minah kat dalam gambar kat bawah ni.... Gila ke. Dua2 dah jadi bini org. Tapi sebenarnya nak promo khidmat menginai pengantin oleh si Akar. Hmmm x sangka plak akar ni. Pandai betul buat duit. ok sangatlah tu. Walaupun dah tak ramai member2 kita yg bujang. Harga..... katanya dalam lingkungan RM50 hinggalah RM100. Ikut corak yg dipilih. Kalau berminat, bolehlah hubungi akar terus. X pun aku n Lin pun boleh gak. Ikut kesesuaian...... Moga2lah akar akan menjadi penginai pengantin terulung di Johor...... Tuk akar, steadylah......

Wajah terbaru akar yg muncul ngan title Tokey Inai Muar. Semasa menginaikan Lin sebagai model tuk baju pengantin

Masa ni, mesti akar terbayangkan kain kanvas tuk buat ilustrasi masa kat ITM dulu.


Tuesday, September 19, 2006

Yeaaaaa.......!!!!!! dah ada chatbox....

Akhirnya...... dapat gak aku menyediakan chatbox kat dalam blog aku ni. Terima kasih buat kawan kita si Farhad tu sebab sudi bersusah payah tuk tolong aku buatkan chat box ni. Lepas ni.... adalah medan tuk kawan2 lain berkongsi cerita dan berbual dengan lebih mudah. Xyahlah nak tinggalkan mesej kat dalam ruangan komen lagi. Fahad juga dah sediakan link ke blog dia n blog kawan kita yg sorang lagi iaitu NANA. Bagus sungguh.......

Thursday, September 14, 2006

Lagi dari Lin

Sekitar Majlis persandingan Lin yang berlangsung meriah. Di sini di lampirkan beberapa foto yang dikirim sendiri oleh Lin. Khas tuk semua........
Merpati dua sejoli. Semoga berbahagia selamanya.

Pengantin perempuan menyambut kedatangan rombangan pengantin lelaki.

Comelnya si cilik bertiga tu. Menyeri lagi serlah pengantin

Bahagia di samping suami tercinta

Upacara memotong kek....

Masa ni aku dah balik dah. Maklumlah dtg bawak anak murid aku.
Kesian tercongok tunggu aku macam anak2 terbiar.

Terbaru dari Fara

Akhirnya dapat gak aku usahakan foto2 ekslusif hero2 kesayangan Fara. Thanks fara sebab sudi berkongsi ngan kawan2. Comelnya anak2 ko. Mcm anak cina semuanya.... sesuailah ngan nick name mama diorang masa kat ITM dulu. Amoi....... kan.
Ok.. kata Fara yang abg namanye Iman Hazim b. Johari & yg second Iman Haziq b. Johari. Lahir 10 september 2005. Mmmm dah cukup setahun dah. Happy belated besday tuk Hazim n Haziq. Tak lupa kat mamanya jugak dari aku. Sorilah Fara xde apa nak bg. Cuma aku doakan ko n keluarga aman bahagia selamanya, di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Mereka lahir kat Mahkota Medical Centre cara caeserian sbb songsang. Kata Fara lg sekarang hero2 dia tgh nakal n mula pandai bertatih. Mmm tak lama lagi masak lah ko fara bila diorang dah mula pandai jalan.
Tuk kawan2 here it is.......
Kan..... Macam anak cina kan? Ala cutenye dia ketawa.
Macam mana agaknya rasa ada anak sendiri erk. Mmmmmm.

Ai... comelnya. Geram aku. Rasa nak cubit je pipi budak2 ni....
Fara n Suami bersama hero2 mereka. Aik... mcm ku kenal tempat itu. tapi di mana ya...?
Thanks sekali lagi Fara.... Fara punye gambar baby aku dah dapat. La ni aku tgh tunggu gambar baby Lya plak. Harap dapatlah aku siarkan kat dlam blog aku ni. Tunggu yaaaaaaa.......

Tuesday, September 12, 2006

Kiriman dari Fadzlin

Tuk kawan2 yang x dapat menghadirkan diri semasa majlis pernikahan fadzlin..... kat sini aku ada selitkan beberapa gambar yang dikirimkan sendiri oleh empunya badan kepada aku.

Pasangan pengantin baru bergambar bersama barang hantaran. Ko kira apa tu Lin?
Ada barang yang kena curi ke? X pun pihak lelaki bagi kurang 10? Gurau je deh......


Kucupan mesra dari si suami tuk isteri tercinta...... bahagianyeeee.

Semasa majlis membaca taqliq. Betul ke lin? Aku bantai je ni......

Ini bukan suasana di pagi raya ye. Ini ialah upacara membatal air sembahyang.

Upacara akad nikah.
Apa agaknye perasaan husband ko masa ni yerk Lin? Ada ko cuba tanya x Lin?

Maaflah lin.... masa ko sanding dulu aku x bawa camera digital aku. So aku dapat siarkan gambar yg ko bagi jerk. kalu ko nak bg lagi gambar sanding ko tuk tatapan kawan2 just send kat aku ok.
Bagi kawan2 yang ada gambar terbaru diri sendiri or kawan2 lain..... n nak di kongsi bersama, kirim2lah kat aku ye kat alamat email ni armrie_infineon@yahoo.com semoga silaturahim antara kita semua akan kekal terjalin tuk selamanya......

Saturday, September 09, 2006

Nuralia Safiah

Lama rasanya aku tak menulis tuk blog ni. Maklumlah takde cerita terbaru. Sejak2 aku adakan blog ni semuanye senyap je. Takut kena gosip agaknya kot.

Tentu semua tertanya-tanya tentang nama perempuan kat atas tu kan. Tuk pengetahuan korang semua... tulah nama baby gurl si Siti Norlia. Umurnya dah lebih kurang dalam 3 bulan. Beratnya pulak dalam 6.6 kilogram. Rupanya aku tak tengok lg. Tapi mestilah comelkan. Tahniah. X lupa gak buat kengkawan lain yg baru menimang cahaya mata macam Jastika dan Aya. Tahniah aku ucapkan. Bagi yang belum tu..... cepat2lah berusaha. Chaiyoooo.