detik kenangan terindah...

Saturday, August 11, 2007

Annie & Family

Hari ni aku uploadkan plak gambar annie dan familynya..... Annie ni last aku jumpa dia masa reunion kat Melaka dulu. Tulah last. Past tu dia terus hilang dr pendengaran aku. Kena umpat x, kena gossip pun xde. Cuma dengar2 dia dah kawin. Dia antara yg terawal jugak kot yg jd mak dara ni. Hah.. gambar gadis cilik kat bawah ni dah tentulah anak dara si annie ni. Namanya Nuryasmin Humairah bt Yusrizal. Dah besar kan. Nampak sgt kita semua ni dah lama x jumpa..

Cakap pasal dah lama x jumpa ni, sambil2 aku belek blog aku ni, aku terbaca plak fara sebut pasal reunion. Hah apalagi, sapa yang volunteer nak organize.... aku follow je. Tp ikut planning aku aritu nak wat awal thn. Tp x berkesempatanlah. Respon dr kengkawan plak x memberangsangkan.... So aku diam jelah. Tp kalu ada org baru yg sanggup jd organizer aku akan beri sokongan padu aku.

Satu lagi. nak ingatkan sesapa yg berkesempatan, jemputlah ke Majlis Walimatul Urus kawan kita iaitu Azlina Rozilawany bt Ramly ( Wanie) dengan pasangannya Nor Azam b. Hj. Ahmad pada 18hb Ogos 2007 bertempat di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam. Sesapa kalu x dpt jemputan, blehlah redah je.. Hehehe... tp dengan harapan x kena halaulah. Hahaha... K jgn lupa....




Sunday, August 05, 2007

Ainun Jariah & Raja'ei

Kali ni aku uploadkan plak gambar2 Ainun Jariah (Kak Ain) n pasangannya. Lama rasanya x jumpa ngan Kak Ain. Bila ingat Kak Ain aku mesti ingat 'The Flying Telekung'. Hehehehe.... Aku x dapatlah nak cite banyak pasal Kak Ain, sbb susah gak nak hubungi dia ni. Maklumlah dah bergelar isteri orang.... Suaminya nama Raja'ei.... kalu x silap asalnya orang Terengganu... Kalu aku salah tolong betulkan yer.... Masa majlis Kak Ain aku dijemput gak, tp maaflah Kak Ain, saing ngan sepupu saya. So x dapeklah nak pi....

Aku ada invite gak Kak Ain tuk meriahkan blog aku ni, tp kata dia ada problem sbb xleh nak log in aku nyer blog ni. Tp bila aku check, betullah add yg aku bg kat dia. X taulah... harap2 Kak Ain akan terus mencuba yer......

Seterusnya aku ada gak invite Kak Temin. Ghupanya dia ada juge singgah cuma tak join chat je.... Alahai Kak Temin, mehlah join chat kat sini. Apa nak disegankan..... kan sume member2 lama. Skang ni pun aku ngah usahakan untuk ajak Rizal Razali skali. Bagi lg meriah n happening gitu.... Tunggu berita dr diorang k....












Wednesday, August 01, 2007

Azean & Mus

Helloo kengkawan..... berjumpa lagi kita yerk. Bak kata orang kalau panjang umur tu, adalah lagi bite pasal kawan2 kat sini. Minggu lepas aku dah uploadkan gambar semut n dia nyer baby. Hari ni aku nak uploadkan gambar mak ngan bapak babynyer plak..... Kata semut laki dia ni orang Gelang Patah. Umurnya sama jerk ngan kita2 yang masih muda remaja ni kan. Keje spray kete... Wei semut... aku nak spray baru kete aku. Aku nak tanyalah warna apa yg sesuai erk.... Harap2 dapat 50% diskaun cukuplah. Aku ni bukan apa, suka nak membantu bisness rakan2 ni. Hehehehe.... Semut plak keje kat company labour supply...cari org utk keje kilang. Jawatan dia as HR Assistant...office kat tmn sri bahagia,tampoi.

26 feb 2006... tu plak tarikh nikah semut ngan mus. Nikah kat masjid tmn desa jaya.. semut kata dia mintak maaf banyak2 sbb x jemput kwn2 mas majlis dia. Dia pun xde contact number kawan2. Lagi pun majlisnye dibuat secara sederhana... Apalah semut ni, sederhana ke GRAND ke, kitorang x kisah.. Tp aku fahamlah. Lgpun masa tu masing2 mmg xde contact number kawan2. Aku tau pun dr sue, tp x dpt nak pi. Maklumlah baru pandai drive kete, seriau nak lalu jalan yg aku x biasa ni. Sorry semut....... Aku x dapat nak uploadkan bebanyak gambar nikah n sanding semut.... Sbb ada yg dlam posisi menegak. Aku malas plak nak edit dlm photoshop. So aku upload mana yg aku mampu jer. Harap ko x marah semut yer.... K sekadar tuk tatapan kengkawan.......

Pandangan dr sisi pelamin

Pelamin dengan rona warna merah n putih

Ayooo.... model mana lak ni....

Ni masa majlis ikah... ni part yg mana erk?

So nilah pasangan bahagia kita Azean & Mus.
Semoga berbahagia selamanya..... Amin

QISTINA QAISARA BT. MUSTAKIN

Alhamdulillah akhirnya dapat gak aku memunculkan diri aku lg kat blog aku ni. Maklumlah kesibukan yang menghambat diri. So lambatlah aku updatekan blog aku ni. Ni pun aku baru balik dari Kursus di Air Keroh D'Village Melaka. Nak tau aku jumpa sapa kat situ..... Jeng, jeng, jeng. Aku jumpa bakal mak buyung iaitu Reen yang x sabar2 lagi nak join kelab ibu2. Then aku jumpa gak Mohd Rizal b Razali ( Otai ). Alhamdulillah rizal dah pun berumahtangga dengan pasangannya.... alamak, lupa plak aku nak tanya nama bini dia. Yang aku di beritahu isterinya orang Muar dan tinggal di sana. Manakala rizal plak masih lg mengajar di Segamat. So marilah kita sama2 mendoakan agar rizal dapat ditukarkan segera ke Muar untuk bersama isteri tercinta. Aminnnnn........ Satu lagi.... Akar pun dah ngandung tau.... sorang lg bakal jd mak buyung. Usia kandungannya lebih kurang reen gaklah. Tp awal skit dr reen lah. Korang ni merancang ke weiiiiiiii.....! Hehehehe.... gurau je reen, akar.

Sebenarnya kat sini aku nak berkongsi wajah n keletah anak Azean Abd Aziz ( Semut ). Namanya Qistina Qaisara bt Mustakin. Semut dah lama bg gambar ni kat aku, tp mcm biasalah kena tunggu turn. Kata semut, umur baby dia ni dah 3 bulan lebih. Lebih tepat lg korang kiralah sendiri. Dia lahir kul 12.58 tgh...pada tarikh 8 April 2007. Wah tengahari tu, moga cerahlah masa depan yer cayang.


Ala bucuk2 manja... comelnya dia. Tenung apa tu Qistina.....?

Ni gaya rambut ayah ke maknye ni..... semuttttttt!

Alahai comelnye yan..... Opsss bukan maknye ye.. Qistina tu yg comel.
Kalu semut, Mus je yg boleh panggil comel.... hehehe