detik kenangan terindah...

Sunday, August 27, 2006

Fatimah n Ahmad Hurairah

Pelamin si raja sehari......... Tema keemasan gituuuu.......... Reen ko bila lg? cepatlah sikit. X reti2 lg ke?

angle dari tepi... malas aku nak bagun. ramai org..... bagai pinang di belah dua kan. Maaf temah aku dengar ada sedara mara ko buat pepatah ni
"sama cantik sama padan, duduk sama tinggi, berdiri sama rendah"


Ni masa makan berdamai..... pengatin lelaki mcm keletihan je. Xkan penat kot bang..... relax lah.
Antara jemputan yang hadir....... Reen & Zul yang sedang menghitung hari. Tgk si Zul tu. termenung jauh tu. Sengeh pun semacam je.......
"Ai bilalah turn aku plak", kata zul di dalam hatinya. Hehehe!!!! (aku agak je tapi)
Ni je yg dapat aku postkan tuk tatapn korang. X larat aku nak post banyak2. Sebab gambar yg aku ambik pun sikit je. Tp kira oklah kan. Kalu nak lebih jumpa temah sendiri eh. Ok then. Jumpa lg lain kali.......

Pesanan dari aku....

Hai korang ni, kalau dah membelek kat blog aku ni jgnlah plak lupa bagi serba sedikit info yang korang tau. Kalu xde pun bagilah serba sedikit komen kat ruangan comment tu. Sikit pun jadilah. Ni tak... kuar masuk mcm tu je. Bagilah aku sedikit sumber tuk di kongsi bersama.

Jangan lupa tauuuuuuuuuuuuu.....

Monday, August 21, 2006

Assalamualaikum w.b.t.......

Mmmm x sangka plak aku. Selama ni aku cuma tengok n baca je blog2 org....... Hari ni aku sedang menaip tuk blog aku sendiri. Walaupun tak seberapa n secanggih blog2 orang lain, at least ni satu permulaan yang baik. Ni yang nak bangga ni. Yelah daripada buta kepada celik, kata orang satu hijrah untuk diri sendiri.

Anyway.... blog ni aku buat tuk menyebarkan berita2 terkini tentang kawan2 aku sepanjang pengajian aku di UiTM Melaka dulu. Walaupun alamat blog aku BAD98, tp x semestinya tuk kawan2 AD aku je. Ni termasuklah gak kawan2 aku yg lain x kira dari course apa pun. Janji namanya ialah KAWAN. Bukannya apa.... yelah masing2 sekarang ni punya tanggungjawab sendiri. Berkerjaya, berkahwin, beranak plak lg..... duduk pun jauh2. Mmg susah sgt nak jumpa. Ada gak yg masih dapat di hubungi. X kurang juga yang hilang terus sepi tanpa khabar berita. Ke mana ntah membawa diri.

Bercakap pasal hilang ni..... sama2lah kita membaca al-fatehah untuk disedekahkan kepada allahyarham Mohd Fauzie b. Hashim (pojie). Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya aku n kawan2 yang lain amat merasai pemergiannya...... Al-Fatehah.

Yang pergi tetap akan pergi..... dan yang masih hidup ni masih perlu meneruskan langkah untuk survival hidup masing2. Dan untuk itu dalam tempoh lebih kurang 4 tahun ni ramai dr kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga. Mendahului senarai.... cam biasalah aku rasa semua tahu dah. Asyiek n Annor, kemudian di ikuti yang lain2. Annie, kak temin, sun, yati burn, norli, lya, aya, jas, yana, zie, fara, semut, akar, otai (maaf kalu ada yg x tersenarai, lupalah tu.....) n yang terbaru lin (20hb Ogos 06). Minggu depan plak temah 26hb Ogos 2006. Dalam senarai menunggu plak ada Reen, Ann n Lassim ( dengar kata hujung tahun ni). Yang masih x confirm..... tp ada bau2 kentutnya ialah wanie, camtu gak ngan intan. Kita sama2 tunggu dan lihat jelah. Yelah kata orang jodoh di tangan tuhan. Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk kawan2 kita.

Insya Allah................