detik kenangan terindah...

Thursday, May 31, 2007

Johor International Orchid Show 2007

Biasanya kat sini aku cerita pasal kawan2 jer. Kawan2 kawin ke, dapat anak ke apa ke.... pedek kata semuanya pasal kawan2lah. Tp kali ni aku nak selitkan cerita pasal kunjungan aku ke Pameran Orkid Antarabangsa Johor yang berlangsung di Danga Bay.
Sungguh menarik sebab banyak orkid yang pelik2 ada di pamerkan. Orkid2 ini didatangkan khas dari pelbagai negara di seluruh dunia. Ada yg berbentuk seperti bunga ros, misai kucing, dan banyak lagi selain daripada orkid yg biasa kita jumpa. Warna jgn ceritalah..... cuma secara x sengaja gambar yg aku masukkan dlm blog ni sume wana purple. Ikutkan aku xlah fanatik sgt ngan purple ni. Sebenarnya aku pi tgk je.... tp xlah membeli. Bab nak menjaga sorry. Kepada sesiapa yg berminat tuk mencari koleksi orkid baru, barang2 berkaitan orkid atau nak tgk2 je , dtglah ke Danga Bay sbb Pameran ni berlangsung sehingga 3hb Jun ini. So apa tunggu lagi.....
Pameran peserta tempatan... tp aku x ingat dr jabatan apa

Gambar ini di ambil dari laman pameran peserta negara Thailand

Diambil dari gerai jualan pelbagai jenis orkid

Sukanya.... purple dengan tompok kuning di tengahnya

Sunday, May 27, 2007

Majlis Persandingan Nursyaneeza Azreen Hamzah

Petang td aku pi majlis persandingan reen ngan zul. Meriah suasananya dengan warna tema pink n purple. Oleh sbb aku xde pasangan lg, so aku dtglah ngan 2 orang anak murid aku. Buat teman. Jauh tu beb, kalu jalan sorang2 mau tido kat tgh jalan aku. Diorang tu anak yatim. Xde ayah... blehlah sekali2 bawak diorang berjalan.

Berbeza ngan kawan2 lain semuanya dtg ngan pasangan masing2. Akar datang ngan husband dia. Cuma mereka masih berdua. Bila nak dtg akar junior tu kenalah tanya akar sendiri. Aya pun datang ngan husband dia + puteri ( anak dialah ) + yang dalam kandungan ( 6 bulan dah ). Ala2 an ngan lin nampaknye. Pastu kalu sesapa yg amik kpli kat Mktb Perguruan Batu Pahat sama ngan aku mesti kenal Helmi or lebih dikenali sebagai manuk. Dia pun ada dtg ngan tunang dia. Tp gambar dia xde kat sini. Sbb aku rasa x penting kot. Atau lebih tepat lg x berkaitan.

Last sekali sebelum aku balik mata aku tertumpu pada wajah seorang wanita sedang makan kat balai sambil riba anak yg sedang tido. Laaa rupanya Jastika. Lama sungguh aku x jumpa dia. Yelah sejak dia kawin dulu. Tulah last aku jumpa dia rasanya. Dia pun dtg ngan husband dialah. Besar dah anak dia. Dalam 2 tahun ada kot. X lupa gak, Sinar pun ada dtg gak ngan family dia. Tp dia balik awal sbb ada jemputan lain kat Gelang Patah.

Seronok rasanya bila sekali2 dapat berkumpul balik smbil bergelak ketawa, mengumpat mencerca... Hehehe. Rasa muda balik plak.... Oklah kat sini aku ada uploadkan beberapa gambar sekitar persandingan reen. Aku xdapat nak ambil banyak masa dia bersanding, ramai sgt org. Aku takut kalu aku menyelit gak xde ruang tuk org lain plak nanti. Tp nanti aku akan cuba usahakan daripada reen untuk gambar yg lebih banyak. Apa yg bleh aku katakan td kelihatan semakin anggun dan ayu. Seri pengantilah katakan. Dan semakin slim.... nak balancekan pelamin kot. Sorry gurau je....


Sampai2 je aku terus terjah bilik pengantin n inilah hasilnya, Puteri Gunung Berlumut

Puteri Gunung Berlumut sedang berposing maut di atas katil

Duduk bersanding.... pengantin baru. Tanyalah Sultan N9, apakah hantaran yg diminta Puteri Gunung Berlumut tuk dapat tempat duduk sewa khas kat sebelah dia tu. Yg pasti bukan jambatan emaslah.

Singgahsana raja sehari yg terhias indah dengan rona pink n purple

Hantaran dari pihak pengantin perempuan

Akar n husband. Akar masih bergaya mcm dulu. Bakal guru cemerlang tu

Aya n suami + Puteri

Inilah Jastika...... Ngan baby dia.









Gambar Persandingan Di Johor n Perak

Macam yang aku dah janjikan... kat sini aku uploadkanlah beberapa gambar semasa persandingan An dan suami. Walaupun lambat, sbb empunya badan pun dah mengandung tp kira oklah buat tatapan kawan2 lain yg x datang aritu.
Warna putih menjadi pilihan tuk majlis persandingan di Johor

Gambar ni x ingatlah.. rasanya masa ni sang arjuna disambut naik ke pelamin oleh
pengantin perempuan

Segak bergaya, cantik ceria pasangan pengantin dalam busana moden

'Light purple' menjadi warna tema tuk majlis di Perak




Thursday, May 24, 2007

Sekitar Majlis Pernikahan Anahus Suhana

Gambar pernikahan ann ni pun dah lama ada kat dalam email aku. Maaf lah ann. Lambat. Tuk kali ni aku uploadkan gambar sekitar majlis pernikahan ann dulu. Majlis persandingan di Johor n Perak akan aku uploadkan kemudian. Buat tatapan kengkawan yg masih bujang, lihatlah debaran yang di cover baik punyer di sebalik senyuman masing-masing. Tetapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar kan.......


Pengantin pempuan mestilah control ayu betul tak ann

Control bang, control...... berdebar jantung ku ah ah ah!

Aminnnnnn

Masa ni mesti dah selamat diijabkabulkan agaknya kan




Wednesday, May 23, 2007

Riza, Suami n Aisyah Syuhadah

Ni gambar terbaru dr aku. Ingat lagi x kat kawan kita yg sorang ni...... Riza Suriati. Well kerjayanya sama seperti aku... cikgu jer. Mengajar di SMK Kelapa Sawit, Kulai Johor. Mengajar satu daerah ngan aku gak. Tp jumpa sekali je, tu pun terserempak kat IOI Mall Kulai. Masih macam dulu. Punyalah kecik daerah, lepas 3 tahun ngajar dlm daerah yg sama baru berjumpa. Bezanya aku kat selatan dia plak kat utara daerah Kulai

Sebenarnya gambar ni dah lama dia bagi kat aku, tahun lepas rasaya. Tp mcm yg aku bg tau aritu, ada masalah yg x dapat dielakkan. So baru kali ni aku uploadkan tuk korang semua. Sebelah dia tu gambar baby gurl dia, Aisyah Syuhadah. Dan kat bawah tu gambar Riza ngan Suaminya. Maaf Riza... nama husband ko aku x tanya plak aritukan......


Kalu ni gambar tahun lepas, mesti dah lg besar si Aisyah ni hari ni kan?

Riza n suami


Tuesday, May 22, 2007

Aku Kembali Lagi.....

Assalamualaikum buat teman-teman semua.....

Akhirnya setelah agak lama berusaha, dapat gaklah aku log in semula blog aku ni. Mintak maaflah buat kawan-kawan yg ternanti-nanti berita dari aku ni. Maklumlah ada masalah yg x dapat aku nak elakkan. Dan bagi yg dah boring tgk muka benjy n sinar yg tak sudah interframe dlm blog aku ni, harap bersabar. Sbb aku akan uploadkan gambar2 yang sepatutnya dah aku uploadkan lama dulu.

Di kesempatan yg ada ni gak, aku nak sebarkanlah tentang beberapa jemputan walimatul urus kawan2 kita. Mula-mula majlis Nursyaniza Azreen Hamzah di rumahnya yang terletak di Felda Ulu Dengar, Kluang Johor pada 27 Mei 2007 ni n di rumah pasangannya Zulkefli bin Amdan pada 16 Jun 2007 di kediamannya di Felda Palong 7 Negeri Sembilan. Yg keduanya aku x pasti, tp rasa-rasanya mjlis Kak Ainlah kalu bukan adik bradik dia yg lain. Sbb dia cakap melalui sms je. Tgh tunggu kad jemputan. Majlisnya pada 2 Jun 2007. Diharap dapatlah kita beramai-ramai memerihkan suasana. WALAUPUN XDE KAD JEMPUTAN EH.........

CHOW.....