detik kenangan terindah...

Wednesday, July 18, 2007

Asyiek, Annor & Ayern

Aku muncul kembali.... kali ni nak publish gambar keluarga bahagia yang kini masih lagi berada di perantauan. Gambar ni dah lama annor send kat aku. Tp x berkesempatan. Dptlah kelapangan sikit hari ni, so bole publish gambor yang dah lama terperam dalam email aku.

Aku rasa xde apa nak cite kat sini pasal keluarga asyiek n annor ni kan. Sbb Annor pun selalu lepak kat blog aku nih. Annor antara orang yang terawal lepak kat sini. Apa-apahal kita doakanlah Asyiek selamat menamatkan PHDnya dgn cemerlang dan mereka sekeluarga akan pulang dengan selamat ke Malaysia tahun depan k. Tak lupa buat anak mereka Muhammad Ryan Thaqief b. Muhammad Asyiek, semoga terus membesar ngan sihat. Harap-harap bleh jd pemain bola sepak gantikan pemain Malaysia yang ada sekarang ni.... Hampeh betul bola Malaysia skang ni....

Keluarga bahagia 3A (Asyiek, Annor & Ayern)

Mcm best je kan duk oversea...

ekspresi wajah comel ayern

Ayern tgk apa tu? Annor tu kambing ke apa?




Monday, July 16, 2007

Yazzid Hashim & Azida Hamzah

Assalamualaikum teman2 setia ku sekalian...... seronok rasanya bila aku tgk blog yg aku KADANG2 usahakan nih makin ramai yang singgah berchatting. Terasa berbaloi ya mat kurasakan.

Oklah, mcm biasa aku nak mintak maaf sbb dah lama x updatekan kandungan blog nih. Maklumlah bz yg amat sangat. Nak melayan kerenah anak2 murid aku terutama bila due date tuk diorang hantar keje kursus makin hampir.. aku pulak sibuklah memikir cara tuk mengejar hantu kepala hitam yg degil x nak buat keje dia sekor2. Seronok ada, pening pun ada. Tp ntahlah... aku mmg dilahirkan untuk menjadi pendidik agaknya. aku enjoy n happy always.

Oklah kat sini aku uploadkan beberapa keping gambar semasa persandingan ajeed n pasangannya azida di kg ajeed di Kg. Seri Menanti, Senggarang Batu Pahat. Nilah hasil kerja wartawan x bergaji yang aku lakukan dengan ditemani anak2 angkat ku sekelian. Melilau mencari berita dr kawan2 tuk kawan2. Kalau diperhatikan betul-betul, tentu kita perasan pengapit pengantin lelaki yang tersenyum dengan gigi yang menyerlah. Itulah Mohd Helmi. Ala kawan kita gak. Dia kata dia jd pengapit ajeed ni dengan satu harapan dan tujuan. Moga-moga lepas ni dia plak naik pelamin.... Hahaha.. Sori helmi. Aku gurau jer.

Aku x dapat nak berborak ngan ajeed, maklumlah org yg diraikan. Tp dapat sekejap ngan helmi. Helmi ni plak aku jumpa last masa majlis Lassim kat Johor Bahru tahun lepas. Dia kata agak penat yelah 3 hari menjadi pengapit ajeed sejak dr majlis kat Melaka lg. Pastu dia minta aku tunjukkan gambar yg aku ambil sebelum dia naik blk umah untuk kipas ajeed yang kepanasan. Aku cuma sempat kirim pesan kat helmi tuk wish selamat pengantin baru kat ajeed n kirim salam je. Masa kat majlis tu aku hanya jumpa Jastika je. Itupun aku jumpa dia masa aku dah gerak nak balik. Dia ada call aku masa on the way nak pi umah ajeed. Tp dia smpi lambat, so x sempatlah lg nak berborak. Kawan2 lain xde, maybe dah pegi masa majlis kat Melaka agaknya.

So nilah yg dapat aku uploadkan untuk tatapan korang semua........




Segak dan cantik diarak di jalan utama kampung
Helmi.... asyik jd pengapit org je, ko bila lg?

Duduk bersanding, pengantin baru.....