detik kenangan terindah...

Monday, August 21, 2006

Assalamualaikum w.b.t.......

Mmmm x sangka plak aku. Selama ni aku cuma tengok n baca je blog2 org....... Hari ni aku sedang menaip tuk blog aku sendiri. Walaupun tak seberapa n secanggih blog2 orang lain, at least ni satu permulaan yang baik. Ni yang nak bangga ni. Yelah daripada buta kepada celik, kata orang satu hijrah untuk diri sendiri.

Anyway.... blog ni aku buat tuk menyebarkan berita2 terkini tentang kawan2 aku sepanjang pengajian aku di UiTM Melaka dulu. Walaupun alamat blog aku BAD98, tp x semestinya tuk kawan2 AD aku je. Ni termasuklah gak kawan2 aku yg lain x kira dari course apa pun. Janji namanya ialah KAWAN. Bukannya apa.... yelah masing2 sekarang ni punya tanggungjawab sendiri. Berkerjaya, berkahwin, beranak plak lg..... duduk pun jauh2. Mmg susah sgt nak jumpa. Ada gak yg masih dapat di hubungi. X kurang juga yang hilang terus sepi tanpa khabar berita. Ke mana ntah membawa diri.

Bercakap pasal hilang ni..... sama2lah kita membaca al-fatehah untuk disedekahkan kepada allahyarham Mohd Fauzie b. Hashim (pojie). Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya aku n kawan2 yang lain amat merasai pemergiannya...... Al-Fatehah.

Yang pergi tetap akan pergi..... dan yang masih hidup ni masih perlu meneruskan langkah untuk survival hidup masing2. Dan untuk itu dalam tempoh lebih kurang 4 tahun ni ramai dr kawan2 yang telah mendirikan rumahtangga. Mendahului senarai.... cam biasalah aku rasa semua tahu dah. Asyiek n Annor, kemudian di ikuti yang lain2. Annie, kak temin, sun, yati burn, norli, lya, aya, jas, yana, zie, fara, semut, akar, otai (maaf kalu ada yg x tersenarai, lupalah tu.....) n yang terbaru lin (20hb Ogos 06). Minggu depan plak temah 26hb Ogos 2006. Dalam senarai menunggu plak ada Reen, Ann n Lassim ( dengar kata hujung tahun ni). Yang masih x confirm..... tp ada bau2 kentutnya ialah wanie, camtu gak ngan intan. Kita sama2 tunggu dan lihat jelah. Yelah kata orang jodoh di tangan tuhan. Kita hanya mendoakan yang terbaik untuk kawan2 kita.

Insya Allah................

3 Comments:

  • Bakal tunang wanie? ehemm..tahu sgt siapa,orangnya, satu block ngan aku kat block E dulu, hehehe...

    By Blogger wahdi, at 12:40 PM  

  • AMMMMMM!!!! keep on update okey...THANK U!!!!

    By Blogger baizurah abdullah, at 11:55 AM  

  • am aku rasa terpinggir tau dr kengkawan sume.takde yg bgtau aku korang berkontak tagi..sedih aku tau...

    By Blogger ieza, at 2:49 PM  

Post a Comment

<< Home